Thursday, 24 July 2014

Emosi.


Malam penuh emosi. 

Maybe sebab raya dah nak dekat. tiga hari lagi kot, insyaAllah. Keluarkan baju raya yang bawak dari Malaysia, baju raya tahun lepas. Alter cutting baju skit, sayu pulak rasanya. Tahun lepas sempat raya aidilfitri kat rumah, tahun ni tak dapat la makan ketupat palas and akok import dari kemaman, sate goreng abah, rendang mak buat, lemang pak ali tepi highway MRR2, nasi dagang (walaupun tak berapa minat sangat, orang ganu derhaka punya orang hihii), makanan-makanan yang penuh meja tu. Belum cerita yang beli kat pasar malam gombak lagi. Nanges.

Maybe sebab semalam skype dengan Alya, Alya suruh Aunty yan balik cepat. Sengaja dia anjakkan plan nak pegi Lost World of Tambun (sebutan skema Alya Lost World of Tambun) nak tunggu Aunty yan balik. Pegi bulan disember, boleh celebrate birthday dia dekat Lost World of Tambun katanya. Waaa, bukan main lagi. Sorry la, tahun ni Aunty yan tak dapat bagi duit raya kat Alya and yang lain-lain walaupun Alya dah pandai puasa, penuh plak tu! Kagum Aunty yan. Salahkan ibu awak eh, simpan kad ATM aunty yan dekat dalam beg dia yang kena ragut tu. Baru nak surprisekan budak-budak bagi duit raya.. Abis Wan dengan Ki skali tak dapat duit raya tahun ni. Takde rezeki heee.

Maybe sebab panas hati, duit biasiswa yang mintak hari tu tak di approve lagi. Boleh tahan kering poket ni nak buat deposit rumah nanti. 

Maybe sebab stress, next month dah nak kena pindah keluar, barang banyak giler, rumah tak dapat-dapat lagi. Mati laaa nak merempat mana tak tau. Ini sumpah stress!

Bertambah plak bar kat bawah rumah ni bising pasang lagu kuat-kuat pukul 1.24 pagi, perlu lahh??!!

Hmm.. semua salah PMS. 

Tutup laptop, tutup tingkap, tutup lampu, set alarm bangun sahur, tido.


P.s. Mode: Moody; ON.
P.s.s. Baru discover yang owner ATM card boleh buat cancellation ATM card via online. Neves giler masa mula2 masuk online banking tengok2 dia tulis account takde dalam data. Whatt?? Dah la semua duit dalam tu. Logout and login balik, Alhamdulillah ada je sebenarnya. Perghh gugur jantung kejap. So hopefully duit tu selamat la duduk dalam bank tu diam-diam. 

Aku rasa dari dulu lagi every year kalau time dekat-dekat nak raya, aku baca paper mesti tengok bahagian salam perantauan dulu. Ucapan student Malaysia hantar dari uni mana, negara apa. Kononnya nak jadikan sumber inspirasi la nanti. Tapi selalu berangan je lebih, belajarnya malas. Sungguh tak tipu. Tapi Alhamdulillah, sekarang, nah, aku plak nak jadi sumber inspirasi dekat adik-adik sekolah yang kuat berangan macam aku ni hehee.


with love,

No comments: