Thursday, 16 January 2014

Gigi punya cerita.

Assalamualaikum!

It's been a whileeeeeeeee.. nay? Ok ok, malas nak cerita panjang lebar. Sebelum itu, kalau korang stok-stok geli tengok benda-benda jijik, sila jangan baca post ni. Sebab aku pun geli nak post hahaa. Kalau tengah makan tu, habiskan makanan dulu sebelum tersembur depan laptop.

If you're a loyal reader of my blog, there was one time when I posted about problems with my teeth. It started in 2011 when my teeth broke into half (Geraham pulak tu! For the whole epic story, you can read it here). Lepas tu terus pergi jumpa dentist, separuh gigi yang patah tu kena tampal. Alhamdulillah, lepas tu ok je.

So al-kisahnya, semalam aku pergi jumpa dentist, tak ada problem pun, saja mengada-ngada buat appointment nak check-up, konon nak buat scaling la mentang-mentang free. Ermm.. bukanlah free, tapi since segala jenis check-up kat sini covered by insurance yang aku wajib buat as foreigner student and bayar 80 tiap-tiap bulan, mahal kotttt. So macam sia-sia je kalau tak pakai hahaa. 



So, pergi klinik gigi, doktor pun check la.. then dia perasan macam ada bengkak dekat gigi yang pernah kena tampal dulu, dekat gigi separuh ori separuh tampal tu. Aku dah lama perasan jugak sebenarnya. Aku syak tampalan dia terbuka balik sikit sebab setiap kali lepas makan aku kena gosok and floss gigi dengan hebatnya, sebab ada je makanan tersangkut. Kononnya dengan menggosok dan floss gigi, settle la. Konon. Bukan apa, dua tiga kali jugak aku pergi klinik lepas tu nak suruh doktor buat something la dengan gigi tu. Tampal baru ke, do whatever possible, this is your profession, your job, what you're good at, tapi doktor boleh check pastu buat macam takde masalah pun. Chett.

Pastu dalam kitorang bercakap bak itik dan angsa (cakap Deutsch, tapi lintang pukang janji kau paham aku paham), doktor tu cakap nak kena x-ray tengok macam mana. Kalau teruk, ada possibility kena cabut. 

What???? Cabut??? 

'Ok ok tenang, Azyan. Tak kott.' Nak sedapkan hati. Sekali doktor tu x-ray..



Nampak tak x-ray kat belakang tu? Nampak tak gigi yang bentuk pelik sikit tu? Sekeliling dia lutsinar (baca hitam) tu. Doktor cakap, bakteria dah merebak sampai akar. Euww.

So kesimpulannya, CABUT! Huwaaaaaa.


Takde pasal, cari pasal kannn. Ni memang first time aku kena operate, walaupun minor je. Horror gile kot kena bius bagai, ngilu! Part dia potong gusi, tu takyah citer keseriauan dia. Tebuk lubang pastu amik cangkuk nak tarik, tapi tak berjaya.. Masa dia amik playar(?) tu aku dah errrrkk dah..

Lepas 10 minit gitu, doktor cakap, "Bravo!" sambil sebelah tangan pegang playar ada gigi sebelah lagi tepuk-tepuk bahu aku. Haaaa dah habis azab. Aku bangun dari kerusi, tengok gigi yang da kena cabut tu..



AMARAN: 18SG (Jijik!)

Hahahahaahahahaa.. geli giler kan? Jom pakat muntah ramai-ramai. Dah bukan main kena filter dengan camera360 dah gambar ni, tetap nampak jijik. Ahh tak pedulik!


Kalau ikutkan, aku tak terkejut sangat pun kena cabut, sebab dari awal-awal gigi ni patah separuh 4 tahun dulu aku dah cuba terima kenyataan yang aku kena give up gigi ni, tapi masa tu belum sampai ajalnya. Ni dah tiba waktu, aku redhakan je la.


So, pagi tadi kena buat check-up lagi untuk check takut ada infection ke. Alhamdulillah, so far ok, walaupun darah still keluar bak air paip. 

Try tanya doktor berapa harga kalau nak implant gigi (baca gigi palsu). Dia cakap dalam 2500. Waaaaa.. 

'Insurance tak cover cost tu, Azyan. Harap maklum. ' Nanges dalam bantal.


So this was one kind of food I could eat for the whole day. Kesian kannn. Ok tipu. Malam tu gagah jugak masak tomyam makan dengan nasi putih. Perghh lantak la!


P.s. Sekarang jadi OKU ni nak makan kena kunyah sebelah pipi je, sedih betul. Nak gigi palsu baru. Sponsor pleaseeeee :D

P.s.p.s. Btw, ada satu lagi check-up dengan dentist, tapi dekat klinik lain la.. Bulan 2 ni, untuk braces. Heheheheehehe. Dah buat appointment tu sebelum tahu kena cabut gigi lagi. Bukan main doktor puji gigi aku hari tu tak payah buat braces pun. Tak tahu laa apa doktor nak cakap tengok gigi ropong aku lepas ni. Check-up je la, sebab free. Nak buat braces tak mampu kot. Atau.. ada siapa-siapa nak sponsor? LOLOLOLOL



with love,

No comments: