Thursday, 2 January 2014

One fine morning.

Mungkin sebab PMS, emosi aku tak stabil. 

Bangun pagi tak sempat gosok gigi lagi, member baik aku masa diploma whassap. "Aya, bila kau balik for good, or balik cuti?"

Aku jawab, "InsyaAllah kalau lepas thesis aku on time, end of August. Awat? Kau nak datang jalan sini ehh? Meh larr."

Dalam otak aku kalau soalan-soalan berbaur begini ada dua sebab je, samada nak datang jalan-jalan tempat aku, atau nak jemput pergi majlis perkahwinan. 

Ding dongggg, I was right. She's getting married! Lepas lama menyingle (heh?) parents dia kenalkan, Alhamdulillah majlis akan diadakan bulan Jun 2014. Heyyy, tak sempat tu aku nak balikkk.

Anyway, I am soooooo excited for her, jelly melly jugak since we're both single and selalu melalak takde laki memasing, and she's finally found THE ONE. I am so happy to hear such a great news. Excited kot member-member nak kahwin. 


Habis conversation via whatssap, pergi dapur buat breakfast pancake sambil dengar lagu Liyana Jasmay Cinta Bersatu, sebab macam sesuai je untuk lagu-lagu tema kahwin ni. Nyanyi happily, sengih sorang-sorang. 


New book by Lang Leav arrived yesterday, yikes!

Siap masak, duduk kat meja makan, potong pancake yang tersedia atas pinggan sambil browse Facebook, satu demi satu gambar kahwin kawan-kawan terpampang dekat screen. Banyak pulak orang kahwin tahun ni. Hmmmmm -_____________-

Tutup Facebook, buka Youtube tengok Gag Concert, gelak sorang-sorang.


"Takpe, masa kau akan tiba punya nanti." Terima kasih sebab cuba sedapkan hati aku, tak payah cakap pun aku dah tahu dah, aku dengar tu berjuta lemon kali dah. Don't worry kawan-kawan, I am totally fine. Aku tak rasa apa-apa pun, kadang-kadang je rasa luar biasa. I am fine.

Semua salah PMS.


with love,

No comments: