Friday, 2 August 2013

Fangirling.

Assalamualaykum! Actually, nothing much to talk about. Just nak cerita apa I buat sepanjang bulan puasa ni. Bulan-bulan puasa ni selain gambar makanan dan Iftar, takde lain dah. Afterall, it's holiday, so I have literally done nothing apart from puasa, tidur, belajar memasak, tengok instagram, check twitter, main candy crush (baru level 36 je, I'm not a big fan of candy crush or any games. main untuk hilang boring je. Sila percaya) di siang hari. Silap haribulan boleh makruh puasa.. Aisehh. Plus, I've been coughing for weeks, so cepat kering tekak and sakit dada, that's why. Alasan. Pfft.

Oh lepas tu, biasa la cuti-cuti macam ni la time nak layan drama melayu kat tv pulak. Orang layan Kampung Girl, Demi Dia blablabla, I terlayan Memberku Hawa dengan Misiku Kuza. Lepas tu gelak sorang-sorang. tskk. Takla layan, tengok episod yang nak-nak habis da. Cerita Memberku Hawa macam comel-comel sikit especially part Rouq yang ala-ala gay ni nak mengorat Kay. Biasalaa. I dengan orang-orang gay ni ada sejarah tragik skit. Hmm..

Misiku Kuza pulak, I terjatuh hati tengok Dr Aaron especially tang kumis dia. Dalam hati I ada terdetik 'Hmm comel. Pelakon baru ni. Mesti tak ramai kenal dia. So bolehlah I minat dia. mihmihmih.' So basically, I tengok Misiku Kuza sebab Dr Aaron je! Nama sebenar dia pun I tak tahu. Yang I perasan ada Lee-lee kat belakang.

And yesterday, my brother-in-law cakap dia ada kerja, nak jumpa pelakon yang namanya sedang menginjak naik. Mula-mula bila dia sebut nama kitorang satu family tak kenal. Then I tanya balik, dia ada sebut Lee-lee kat belakang. Hmm ada Lee kat belakang. Dr Aaron pun ada Lee kat belakang. Pelakon yang menginjak naik. I pun google la nama dia. Arja Lee. Tadaaaaaaaaa! Dr Aaron!

Terus I macam, 'Mintak autograph dia, pleaseeeeeeeee.'

Lepas balik berbuka puasa dengan Pila n Petot, bukak pintu je, my bro-in-law cakap Arja Lee kirim salam. O-M-G! Arja Lee kirim salam! Waalaikummusalam. Pastu dia bagi ni..

Special for Yan. Nampak tak kat situ??

I mana ada nak fangirling dengan artis-artis ni especially kalau artis malaysia, tapi yang ni, I can't handle it! Excited kotttt.

But now baru I realized, dia ni famous jugak rupanya. Dah banyak jugak dia berlakon.. I je yang noob! hahahaa.



P.s. I siap ada phone number dia kot, malas nak kacau je :p
P.s.p.s. His mother died this morning at 4 a.m. My deepest condolence to him and the family. Innalillahiwainnalillahirojiun.. Al-Fatehah.


With love,

No comments: