Sunday, 17 March 2013

Samsung Galaxy Note 2 in pink!



O.M.Gorgeous! Finally. The one that I've been waiting for! Galaxy Note 2 in pink. Martian pink to be exact. 

P.s Scholarship masuk cepat pleaseeee! I really need this. I NEED THIS!
P.p.s Da sama theme dengan blog ni plak. hee.



Friday, 15 March 2013

Two. One fine day.


My. my. my. Not a closet filled with thousand of clothes, handbags, and heels that I want, but a neat and clean one. Hee.

P.s. i love this one :D


With love,

Wednesday, 13 March 2013

Once in a blue moon, another deep thought about life.



A very long, honest entry from the bottom of my heart, for YOU to read.

Just got back from 'mengeTEH' with Petot. 'mengeTEH' means pekena teh tarik dekat mamak Taqwa. Anyway, the issue was again, jodoh.. dan lelaki. Biasalah, di usia yang makin meningkat remaja ni, bukan nak gatal sangat, tapi sebab kerisauan itu ada. Oh and by the way, I will speak in bahasa this time since.. I want to. Penjelasan lebih tersampai, kot. Dan sebelum tu, minta maaf dulu kalau penggunaan 'Aku' sebagai kata ganti diri dalam post ni buat korang tak biasa. Aku anggap korang kawan-kawan aku, Petot ke Sufilla ke. hee.

Sejak dua menjak ni, mungkin faktor persekitaran dan kematangan usia aku sekarang, aku banyak follow Twitter tentang agama untuk lebih mendalami Islam itu sendiri. Dalam aku follow ustaz tu, uztazah ni, hadis tu, nota usrah ni, aku ada follow seorang lelaki hamba Allah ni dalam Twitter, atas sebab kata-kata lelaki ni sangat berilmu. Mostly pasal peringatan tentang agama dan jodoh. Aku rasa timbul rasa ingin berubah tu selain dari tengok cerita drama Adam dan Hawa especially part Am dan Ain di Makkah tu, insaf betul aku, apa yang lelaki hamba Allah katakan selama ini slowly memberi impak yang besar juga ke atas perubahan aku. Mungkin orang tak nampak sebab aku bukan jenis yang pakai tudung labuh, tutup aurat secara lengkap. Tak. 

Mungkin belum lagi, sebab nak lakukan perubahan begitu, honestly.. aku perlukan duit, sebab nak beli pakaian yang longgar-longgar sikit, tudung yang lebar sikit. Ok aku tahu aku tak patut jadikan ia sebagai alasan. Tapi seriously aku tengah cuba, slowly. Aku dah mulai cuba capai tudung or selendang kalau nak keluar depan pagar buang sampah or ambil parcel dari posmen. Tapi kadang-kadang hon posmen ni annoying sikit, tak sabar-sabar, jadi kadang-kadang tak sempat. Aku dah start pakai stokin, tapi hanya kalau aku pakai baju kurung dan kasut bertutup, sebab tak dapat la nak pakai kalau selipar Fitflop selit celah jari kaki.

Anyway, bukan aku cakap aku cuba berubah sebab hamba Allah ni. Aku melakukan perubahan kerana Allah, Alhamdulillah. Tapi kata-kata lelaki ni kadang-kadang menusuk kalbu menikam jiwa betul la. Dalam bait-bait perkataan dia ni, ada pengajaran seperti tutup aurat dan 'pilihlah pasangan bukan kerana harta, rupa mahupun pangkat, tapi pilihlah yang dapat membawa ke syurga bersama-sama'. The first point, I got it. Second point, itulah yang cuba aku cari sekarang. Seorang suami yang dapat membimbing dan bawa aku ke syurga bersama. 

Aku bukanlah taksub dengan lelaki ni, tapi dia ada rupa, ada harta, dan ada kerjaya yang meyakinkan aku dia ni Mr Perfect aku. Diulangi, Mr Perfect, bukan Mr Right. Dua benda yang berbeza. Mr Perfect dalam definisi aku adalah lelaki yang diidamkan, tapi mustahil akan dapat. Mr Right ialah lelaki yang ada kelebihan dan ada kekurangan dia, tapi aku terima seadanya. Just nice kata orang.

Followers dia dekat Twitter jangan cakaplah, dua puluhan ribu! Body dia ketul-ketul tu, BONUS. Please kawan-kawan aku, ingat ni, body ketul-ketul hasil gym ni korang mesti yakin aku suka, taste aku katanya. Tapi tak, itu dulu. Boleh tahan serik juga tergoda dengan lelaki body ketul-ketul tapi turned up gay ni. Sekarang itu semua tolak tepi, didikan agama dan pembawakan diri menjadi keutamaan. Dan lelaki ni ada semua itu, terutamanya agama. Jadi dia jatuh ke kategori Mr Perfect, lelaki yang diidamkan, tapi mustahil akan dapat.

Tapi nak dijadikan cerita, mungkin aku curious ke apa, atau mungkin aku jealous, tettt, on one fine day, aku tengok siapa yang dia follow, wonder juga la kan. Scroll down, one by one, dan aku stop dekat satu nama seorang wanita dalam following list dia ni. Aku klik dekat profile wanita hamba Allah ni. Cantik namanya secantik rupanya. Berkerjaya, sama kerjaya dengan lelaki ni. 

Dari tweet-tweet yang dibuat oleh wanita ni, walaupun dia aku katogerikan sebagai hot, dia berpengetahuan juga dalam agama. Hot dalam definisi aku adalah cantik dan freehair. Memang aku kalah tanpa bertanding la kan. Motif nak bandingkan diri sendiri dengan perempuan ni? Ok abaikan. Dan nak dijadikan cerita, wanita cantik lagi berkerjaya ni banyak retweet tweet yang dipost lelaki ni. Bahasa-bahasa Twitter ni, harap korang fahamlah ya. Jadi, disini, satu persoalan timbul. Apakah hubungan mereka ini? Bunyi macam jealous kan.

Jealous lah juga, tapi perasaan aku lebih kepada curious. Memandangkan aku suka ciri-ciri keagamaan yang ada pada lelaki ini, jadi aku tertanya-tanya kalau-kalau lelaki seperti dia yang meletakkan agama sebagai paksi, yang seolah-olah dambakan wanita manis bertudung dan menutup aurat rapi sebagai isteri, adakah sebenarnya lelaki-lelaki ni sama dengan mana-mana lelaki yang terbuai dengan kecantikan luaran seseorang wanita itu? 

Dan tiba-tiba aku teringat seorang ustaz yang pernah aku dengar di Youtube, perempuan seharusnya memilih lelaki yang agamanya diutamakan supaya lelaki itu dapat membimbing isteri dan keluarga ke jalan Allah, manakala lelaki boleh memilih perempuan yang sedia ada mementingkan agama, atau yang mungkin kurang sedikit dari segi agamanya, tetapi boleh dibentuk dan dididik oleh lelaki ini untuk sama-sama ke jalan yang diredhaiNya.

Jadi, adakah dia yang mementingkan agama ini masih akan memilih mana-mana wanita untuk dijadikan isteri dan berhasrat untuk mengubah seseorang wanita itu?

Dan lebih parah lagi, aku menganggap mungkin mana-mana lelaki pun boleh berlaku seperti itu. Hipokrit.

Tapi persoalannya, hipokrit ke tu?

Kesimpulan dari hipotesis yang aku sendiri ni, aku tak dapat kukuhkan dengan eksperimen. Tapi aku teringat lagi kata-kata ustaz itu, adapun seseorang itu ada jodohnya sampai ke akhir hayat, mungkin ada jodohnya tetapi lambat, atau mungkin jodohnya sampai awal tetapi tidak kekal, atau mungkin tidak berjodoh hingga akhir usia. Aku terfikir, mungkinkah aku yang terakhir tu?

Pengakuan ikhlas ni. Aku nak kahwin, siapa tak nak kan? Aku tahu Allah sedang menguji kesabaran aku. SABAR. Allah beri aku ujian bertimba-timba semampu aku dan aku bersyukur atas ujian yang Dia berikan. Aku tahu, kalaupun orang lain yang berada di tempat aku, belum tentu orang itu mampu menanggung ujian-ujian ni. Dan aku tahu, kalau tanpa dugaan-dugaan yang aku hadapi ini, aku mungkin masih dengan cara aku yang dulu. Tapi aku tersedar, Allah uji aku untuk aku dekat pada Dia. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat-sangat.

Dalam kesedaran aku ni, aku pupukkan niat aku nak kahwin kerana Allah. Sumpah, aku nak keberkatan itu. Tapi soal jodoh pertemuan ni, semuanya ditangan Allah, dah tertulis di Lauh Mahfuz, ada jodoh aku di dunia ni, Alhamdulillah. Kalau tak adapun, aku redha. Bunyi macam sedih dan frust je kan? Tapi betul, aku dah diperingkat yang mana aku berserah. Dan aku percaya setiap yang Dia tulis, ada hikmah disetiap sesuatu.

Dan mungkin, jodoh aku ada, cuma Allah Maha Mengetahui bahawa aku yang berstatus pelajar ni masih belum  mampu menjalankan komitmen sebagai orang yang terikat dalam perhubungan dan perkahwinan.

Atau, Allah yang Maha Penyayang tahu dimana kelemahan aku, dan melindungi aku dari perbuatan keji yang dapat membawa aku kepada maksiat. Jadi, Allah melindungi aku dari mana-mana lelaki sehingga tiba masanya aku bersedia menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri.

Apapun, duniawi, persiapan aku adalah mendapatkan kerjaya yang dapat menyara kehidupan aku jika aku ditakdirkan tidak berjodoh, dan itu yang sedang aku lakukan sekarang, menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi untuk aku mendapatkan kerjaya yang barakkah, mengajar dan mengembangkan ilmu untuk bakal anak-anak didik aku, supaya apa yang aku ajar itu dapat dipraktikkan dan diturunkan  beribu tahun walau selepas aku putus nyawa nanti. Dan yang paling penting, persiapan aku adalah dalam menjadi wanita yang dekat padaNya, aku tak berani nak sebut perkataan ini, takut aku tak mampu buat, tapi aku nak sebut juga, sebab aku nak menjadi wanita itu, wanita yang solehah. InshaAllah, InshaAllah..

Tapi aku percaya dan yakin, Allah telah menjanjikan yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Doa aku adalah untuk anda, kawan-kawan yang masih belum berjodoh, termasuk aku.



Ikhlas dari hati, buang segala pekung di dada,

Saturday, 2 March 2013

I know what you did last semester holiday.


Alhamdulillah, I've spent my semester holiday wholeheartedly, most of the time with family and friends, and had lovely 'ME' time some more, what else can I ask for? tehee.

Second semester; hopefully this is gonna be the last semester of MSc in Civil Engineering. Let's start this new semester with AWESOMENESS! Aminn.